Laman Web Rasmi RELA Malaysia
Facebook Rasmi Platun 0464

Monday, June 22, 2009

PATI LOLOS DEPOT TAHANAN

Seramai 11 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang terdiri daripada warga Myanmar dan Nepal bertindak nekad meloloskan diri daripada Depot Tahanan Imigresen di Semenyih, dekat sini awal pagi ini. Tiga daripada mereka bagaimanapun berjaya ditahan semula tidak lama kemudian di lokasi berhampiran sebaik sahaja operasi memburu pendatang asing itu dilancarkan. Kejadian itu hanya disedari pengawal depot tahanan tersebut pada pukul 2.30 petang ketika mengira jumlah tahanan yang berada dalam pusat itu. Difahamkan, kesemua suspek meloloskan diri melalui pagar pusat yang telah dipecahkan mereka. Polis percaya ia satu perbuatan terancang.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Shakaruddin Che Mood ketika dihubungi di sini petang ini mengesahkan kejadian tersebut. Menurut beliau, gerakan menjejaki lapan lagi suspek giat dijalankan. ''Polis, Jabatan Imigresen dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) bergabung tenaga untuk memburu mereka. Kita yakin dapat tahan mereka semula,'' katanya.

0 komen:

Kembali ke atas

Sila lihat ARKIB BLOG untuk senarai artikel yang telah disiarkan.
2009 © Hak Cipta RELA Platun 0464

RELA 0464 tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman ini. Anda adalah dilarang mengambil, meniru, mencetak atau apa-apa yang seumpanya dari laman ini tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada pihak Blogmaster.

  © 2009 HAK CIPTA RELA 0464

Back to TOP