Laman Web Rasmi RELA Malaysia
Facebook Rasmi Platun 0464

Tuesday, June 9, 2009

TINGKATKAN PENGUATKUASAAN DI PERAIRAN SASARAN PATI

Tumpuan yang lebih perlu diberikan kepada kawasan perairan yang sering menjadi sasaran pendaratan pendatang asing tanpa izin (PATI). Tindakan ini secara tidak langsung mampu mengekang kemasukan mereka sama ada dalam kelompok kecil atau secara beramai-ramai. Profesor Pengajian Politik dan Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Profesor Dr. Mohamed Mustapha Ishak berkata, strategi itu secara tidak langsung dapat mengurangkan masalah tersebut.

"Jangan bagi alasan perairan kita besar tidak boleh jaga. Pihak tentera laut dan maritim perlu melipat gandakan usaha. Kawasan perairan kegemaran pendaratan PATI perlu diberi kawalan yang lebih. "Apabila mereka tahu kawalan kita ketat pastinya mereka juga takut untuk mencuba nasib datang ke sini secara haram," katanya ketika dihubungi. Beliau mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kelmarin yang mengakui kawasan perairan negara mudah dibolosi PATI.

Bagi Pensyarah Sosiologi dan Antropologi, Universiti Islam Antarabangsa, Prof Dr. Fatimah Daud, kerajaan perlu memberi kuasa kepada Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) untuk turut serta membanteras masalah tersebut.
"Kerajaan berilah kebenaran dan kuasa kepada Rela untuk bekerjasama dengan pihak maritim untuk menjaga perairan laut. Ini juga secara tidak langsung bantu pihak Maritim yang kekurangan kakitangan," katanya.

0 komen:

Kembali ke atas

Sila lihat ARKIB BLOG untuk senarai artikel yang telah disiarkan.
2009 © Hak Cipta RELA Platun 0464

RELA 0464 tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman ini. Anda adalah dilarang mengambil, meniru, mencetak atau apa-apa yang seumpanya dari laman ini tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada pihak Blogmaster.

  © 2009 HAK CIPTA RELA 0464

Back to TOP