Laman Web Rasmi RELA Malaysia
Facebook Rasmi Platun 0464

Tuesday, April 17, 2012

Rang Undang-undang Rela, Rukun Tetangga Dibentang Bacaan Pertama Di Parlimen

KUALA LUMPUR, 17 April — Dua rang undang-undang yang bertujuan mengadakan peruntukan berhubung tanggungjawab, tugas dan bidang kuasa Pasukan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (RT) dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, Selasa.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop membentangkan Rang Undang-Undang Rela 2012, manakala Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon membentangkan Rang Undang-Undang Rukun Tetangga 2012.

Rang Undang-Undang Rela 2012 yang bertujuan mengadakan peruntukan bagi penubuhan, tugas dan kuasa Pasukan Rela terbahagi kepada enam bahagian dan 28 Fasal yang menyentuh peruntukan bagi penubuhan, tugas dan kuasa pasukan itu.

Antara peruntukan dalam rang undang-undang Rela, majikan diwajibkan memberi pelepasan kepada kakitangan yang menganggotai Rela untuk menjalani latihan, dan semasa latihan, majikan tidak boleh membuat potongan daripada gaji, mengenakan apa-apa penalti dan mengubah terma dan syarat pekerjaan semata-mata kerana ketidakhadiran kakitangannya bekerja.

Majikan yang disabit kesalahan, didapati melanggari peraturan itu boleh didenda sehingga RM6,000, dan rang undang-undang itu mencadangkan tempoh latihan bagi anggota Rela hendaklah tidak lebih sepuluh hari pada suatu-suatu masa.

Read more...

Friday, April 13, 2012

MERAFAK SEMBAH DAULAT TUANKU

Read more...

Sunday, April 8, 2012

KEM SUKARELAWAN RAKAN MUDA

RELA Platun 0464 (Skuad Muda RELA) bersama Kelab Rakan Muda Kota Raja telah menganjurkan program Kem Sukarelawan Rakan Muda pada 23-25 Mac 2012 bertempat di Hutan Lipur Santuari Sungai Chiling. Seramai 40 orang peserta teribat yang terdiri daripada golongan belia remaja berumur 16 hingga 25 tahun.




\

Read more...
Kembali ke atas

Sila lihat ARKIB BLOG untuk senarai artikel yang telah disiarkan.
2009 © Hak Cipta RELA Platun 0464

RELA 0464 tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman ini. Anda adalah dilarang mengambil, meniru, mencetak atau apa-apa yang seumpanya dari laman ini tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada pihak Blogmaster.

  © 2009 HAK CIPTA RELA 0464

Back to TOP