Laman Web Rasmi RELA Malaysia
Facebook Rasmi Platun 0464

LATIHAN RELA

Anggota RELA akan diberikan kursus pengenalan RELA di peringkat tempatan manakala kursus-kursus asas dan lanjutan akan diadakan di Pusat-Pusat Latihan RELA Wilayah iaitu di PLRW Selatan di Sungai Udang Melaka, PLRW Utara di Bukit Selambau, Sungai Petani dan di PLRW Timur di Kuala Brang, Kuala Terengganu dan di PLRW Sabah, Tuaran, Sabah.
Jangkamasa latihan adalah dari 3 hingga 14 hari dan bergantung kepada jenis kursus. Latihan ini membolehkan seseorang anggota itu dapat memberikan sumbangan yang efektif dalam mencapai objektif pasukan.  Selain itu, kursus-kursus geraksaraf dipertingkatkan bagi memberi kesedaran kepada rakyat untuk membantu kerajaan dalam memelihara dan mengekalkan keamanan.
Kursus-kursus yang disediakan untuk anggota-anggota RELA adalah seperti berikut :

  • Kursus pengenalan
  • Kawat Hujung Minggu ( Platun Keselamatan Daerah )
  • Kursus Asas
  • Kursus Asas Relawati
  • Kursus Lanjutan
  • Kursus Ketua Platun
  • Kursus Ketua Perhubungan RELA Mukim
  • Kursus Platun bantuan Khas RELA (PBKR)
  • Kursus Platun Kawalan Pantai RELA (PKPR)
  • Kursus Kawalan Kehormatan pasukan RELA (KKPR)
  • Kursus Asas Jurulatih
  • Kursus Ulangkaji Jurulatih
  • Kursus pancaragam
  • Kursus pengurusan ( Untuk Pegawai RELA )
  • Kursus pengurusan Ujian Kemahiran Menembak RELA (UKMR)
  • Kursus pengurusan maklumat
  • Kursus Keluarga Cemerlang
  • Kursus-kursus yang dianjurkan oleh lain-lain agensi seperti BTN , Agensi Dadah Kebangsaan (ADK), Polis, JPA3, Jabatan Penerangan dan lain-lain lagi.

Read more...
Kembali ke atas

Sila lihat ARKIB BLOG untuk senarai artikel yang telah disiarkan.
2009 © Hak Cipta RELA Platun 0464

RELA 0464 tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman ini. Anda adalah dilarang mengambil, meniru, mencetak atau apa-apa yang seumpanya dari laman ini tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada pihak Blogmaster.

  © 2009 HAK CIPTA RELA 0464

Back to TOP